Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kumpulan pengganas ISIS melancarkan kempen melaga-lagakan Sunni dan Syiah dalam usaha menyekat kemaraan askar kerajaan dan relawan rakyat.
Dalam perkembangan terkini, beberapa video pemusnahan masjid dan pembunuhan orang awam telah disebarkan dalam internet sebagai usaha memburukkan imej Syiah.
Sekumpulan pakar di Iraq yang menjalankan siasatan komprehensif telah mendapati bahan propaganda ini menunjukkan kumpulan pengganas ISIS mengebom masjid-masjid Sunni dan menuduh jenayah tersebut dilakukan oleh Syiah.
Selain itu, beberapa gambar pembunuhan orang awam di Syria telah dikitar semula untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan oleh askar Iraq.
Berikut adalah contoh beberapa gambar yang telah dipalsukan oleh pengganas ISIS.








………